Friday, March 16, 2012

keistimewaan wanita

bismillahirrahmannirrahim...

sedikit perkongsian dari ain yang kecetekan ilmu...


20 KEISTIMEWAAN WANITA...


        ''sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita''
          ''ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita''
                ''betapa bertuahnya menjadi wanita''
               ''bersyukurlah kerana menjadi wanita''


1-Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki.
 sabda Rasulullah, ''ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia''...

2-Wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh

3-Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali..

4--seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh..

5-sesiapa yang menggembirakan anak perempuan, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api NERAKA ke atas tubuhnya..

6-sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya , maka pahalanya sama seperti bersedekah. Hendaklah MENDAHULUKAN anak perempuannya dari anak lelakinya.. Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah olah dia memerdekan anak Nabi Ismail a.s

7--HaId seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. Jika pada hari pertama haidnya dia membaca.. ''alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astagfirullah'' (segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa)''.. Makan Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahkan Allah SWT akan mengangkatkan darjatnya sama seperti darjat 40 orang shuhada' apabila dia selalu berzikir kepada-Nya selama haidnya..

8-Sabda Rasulullah SAW : ''Wanita yan tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di syurga''

9-Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuannya atau saudara perempuannya dengan penuh rasa TAQWA & TANGGUNGJAWAB ..maka baginya adalah syurga..

10-Daripada Aisyah r.a''Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka''

11-Syurga dibawah telapak kaki ibu..

12- Apabila dua orang ibubapamu memanggilmu..maka sahutlah panggilan IBUmu dahulu..

13-Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu pintu neraka dan terbuka pintu pintu syurga..masuklah dia dari mana2 pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab..

14- Seorang wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solatnya dan puasanya), semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,matahari dan bulan akan beristigfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya..

15-''Aisyah r.a berkata ''Aku bertanya kepada Rasullullah SAW siapakah yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita'?''Jawab baginda..'' suaminya.'' siapa pula yang berhak terhadap seorang lelaki?'' jawab Rasullullah SAW , ibunya''...

16-apabila seorang wanita mengerjakan amal solat lima waktu, berpuasa dibulan ramadahan,memelihara kehormatannya serta mentaati suaminya, maka pasty akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki..

17- Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya..

18-Apabila seorang wanita hamil,..maka beristigfarlah para malaikat utknya, Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan...

19-Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada Allah SWT akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah..

20-Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya, maka Allah SWT akan memberikan 12tahun pahala ibadat kepadanya..

No comments: